Monday, February 8, 2010

Importance of Planning for Children Education

All you need is the plan,the road map,and the courage to press on to your destination
-Earl Nightingale-

One of the most importance responsibilities of a parent is children education.
The passport of our children's future is education.
What he does tomorrow depends on what you do today.

Perancangan Mengurangkan Risiko Anda (3)

Sumber Pendapatan

Seseorang individu itu memperolehi sumber
pendapatan samada melalui aktiviti urusniaga
syarikat perniagaan yang dimiliki atau bekerja
dengan orang lain bagi mendapatkan upah,
gaji, elaun atau komisen.
Sumber pendapatan juga boleh didapati melalui
aktiviti pelaburan dimana pendapatan diperolehi
dalam bentuk dividen, bonus atau faedah atas
modal yang dilaburkan.
Walau bagaimanapun, kedua-dua sumber ini
sentiasa terdedah kepada keadaan atau risiko
yang diluar kawalan individu tersebut.

Kejadian Luar jangka atau Risiko

Keupayaan individu itu memperolehi
pendapatan mungkin terputus dengan tibatiba
disebabkan berlakunya kematian, usia
lanjut, sakit atau kemalangan yang mungkin
mengakibatkan hilangupaya (kekal atau
sementara)
Begitu juga dengan pelaburan. Sesuatu
pelaburan itu mungkin mengalami susut nilai
dengan tiba-tiba atau barangan yang dibiayai
pembeliannya melalui wang modalnya sendiri
telah musnah dijilat api.
Untuk setiap keadaan luar jangka yang
dinyatakan di atas, individu terbabit atau
tanggungannya terpaksa menanggung kerugian
kewangan atau gangguan emosi. Mereka yang
menanggung beban tersebut mungkin tidak
memiliki sumber-sumber lain untuk berkongsi
sebahagian atau kesemua kerugian yang
dialami.
Pengalaman yang memilukan akibat kejadiankejadian
luar jangka ini kerap terjadi dan boleh
diperhatikan disekeliling kita.