Tuesday, January 19, 2010

Definisi Takaful

Menurut Akta Takaful 1984,takaful didefinisikan sebagai satu skim yang berasaskan persaudaraan,perpaduan dan bantuan bersama yang menyediakan pertolongan dan bantuan kewangan kepada peserta-peserta jika diperlukan dimana peserta-peserta sama-sama bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud itu.

Kata dasar bagi perkataan Takaful ialah Kafala yang bererti untuk menjamin,menjaga atau memelihara.Oleh kerana takaful merupakan kata nama yang berasal daripada kata kerja takafala ,maka ianya memberi erti saling menjamin,saling menjaga dan saling memelihara.

Didalam Al-Quran terdapat perkataan-perkataan kafala dan juga yakfulu yang memberi makna memelihara atau menjaga..

No comments:

Post a Comment