Sunday, January 24, 2010

Perancangan Mengurangkan Risiko Anda

“ Apakah perancangan yang perlu dilakukan
untuk mengatasi atau setidak-tidaknya
mengurangkan kesan kesengsaraan yang
mungkin menimpa seseorang?”
Bagi menjawab persoalan di atas, kita perlu
mengakui hakikat bahawa tidak semua bentuk
kerugian boleh diatasi atau dinyatakan dalam
bentuk kewangan. Sebagai contoh, trauma
emosi yang dialami akibat kematian seseorang
yang dikasihi tidak mungkin dapat diatasi
walaupun terdapat sistem pampasan yang
adil.
Mungkin, apa yang boleh dilakukan ialah
merangka suatu sistem bayaran pampasan
yang setidak-tidaknya dapat :

• mengurangkan kesan kerugian
kewangan akibat berlakunya sesuatu
kejadian yang tidak diingini.

• Bersedia atau membuat persediaan
menghadapi kemungkinan berlakunya
kerugian atau masaalah kewangan
yang tidak dijangka.
Salah satu perancangan bagi mengatasi
kerugian kewangan yang timbul akibat sesuatu
peristiwa yang tidak diingini, seperti kematian
atau kebakaran, ialah dengan membeli polisi
insurans.

No comments:

Post a Comment