Thursday, January 21, 2010

Keperluan Memperolehi Pendapatan

Setiap masa seseorang individu, keluarga dan
perniagaan akan terdedah kepada kerugian
kewangan melalui harta yang dimiliki, pekerjaan,
aktiviti dan tanggungjawab. Siapakah yang akan
menanggung kerugian kewangan ini dan dari
manakah dana akan diperolehi bagi mengatasi
kerugian berkenaan?. Lazimnya, sekiranya tiada
remidi undang-undang, penyediaan kontrak
atau usahasama; kerugian akan ditanggung
sepenuhnya oleh individu atau unit perniagaan
itu sendiri. Untuk mengatasi masaalah ini,
suatu perancangan akan diperkenalkan bagi
menangani sebahagian dari risiko berkenaan
atau kemungkinan kerugian yang ditanggung
oleh individu atau sesuatu perniagaan.

No comments:

Post a Comment