Sunday, January 24, 2010

Perancangan Mengurangkan Risiko Anda (2)

Perancangan ini berfungsi berdasarkan
Peraturan Bilangan Jumlah Besar, iaitu
dengan menyebarkan risiko kerugian yang
ditanggung oleh individu atau unit perniagaan
tertentu kepada semua pihak yang bersetuju
mengemblingkan sumber kewangan bagi
membayar pampasan atau menampung
kerugian berkenaan.

Konsep berkongsi
kerugian ini dikenali sebagai insurans.
Insurer bertindak sebagai pengantara yang
akan mengumpul dan mengurus dana risiko ini.
Insurer akan menyimpan dan melabur premium
secara amanah bagi pihak pemegang polisi, dan
membayar gantirugi kepada mereka sekiranya
berlaku kerugian yang dilindungi insurans.
Cuba kita bayangkan untuk seketika, apakah
yang akan berlaku dalam masyarakat
moden masakini tanpa wujudnya organisasi
insurans?.

Menjalani kehidupan harian memerlukan
wang. Wang amat diperlukan untuk membeli
keperluan asas seperti makanan, pakaian dan
tempat tinggal; selain dari keperluan untuk
mendapatkan kemudahan atau keselesaan
hidup yang lainnya. Sekiranya seseorang itu
ingin menjalani kehidupan dengan sempurna, ia
perlu memiliki aliran sumber pendapatan yang
berterusan sepanjang hayatnya. Pendapatan
yang berterusan ini boleh dijamin dengan dua
cara sahaja.

No comments:

Post a Comment